Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Memaklumkan Isu “Startup” Windows Yang Perlahan

Penjenayah Siber Dikesan Guna Logo Lama Windows Ini Untuk Sembunyikan Perisian Hasad

Diterbitkan Oktober 5, 2022 oleh ariff bukhari

Kumpulan penyelidik keselamatan dari Symantec melaporkan penemuan grup penjenayah siber menggunakan logo terdahulu Windows untuk menyembunyikan perisian hasad terbaru yang dibangunkan mereka.

Grup yang dikenali sebagai Witchetty itu dikesan menggunakan perisian hasad Backdoor.Stegmap dengan bersembunyi di dalam logo Windows tersebut.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Penyelidik menjelaskan, walaupun ia jarang digunakan oleh penyerang tetapi jika berjaya dilaksanakan, teknik steganografi itu boleh dimanfaatkan untuk menyembunyikan kod berniat jahat dalam fail imej yang kelihatan tidak berbahaya.Penjenayah Siber Dikesan Guna Logo Lama Windows Ini Untuk Sembunyikan Perisian Hasad

Perisian hasad baharu itu digunakan grup tersebut dalam serangan ke atas sasaran di Timur Tengah dan Afrika.

Grup Witchetty pertama kali dilaporkan oleh ESET pada April 2022 lalu.

ESET menyimpulkan Witchetty sebagai salah satu daripada tiga subkumpulan TA410 yang mengoperasikan aktiviti pengintipan siber yang luas dengan beberapa pautan ke kumpulan Cicada (aka APT10).

Sumber: Symantec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY