Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salah Satu ‘Challenge’ Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

Salah Satu ‘Challenge’ Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

Diterbitkan November 29, 2022 · Dikemas kini November 29, 2022 oleh Amalina Athman

Salah satu challenge atau cabaran di Tiktok dilapor telah dieksploitasi untuk memasang perisian hasad pada ribuan peranti dan mencuri kata laluan pengguna, akaun Discord, dan kemungkinan besar adalah dompet mata wang kripto.

Berkaitan

  • TikTok Akan Benarkan Hos Hadkan 'Live' Untuk Pengguna Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja
  • Seorang Pesuruhjaya FCC Dilaporkan Menggesa Kerajaan Amerika Mengharamkan TikTok Di Negara Itu
  • Cara Jadikan Video TikTok Sebagai 'Live Wallpaper' Telefon Android Anda

Menurut BleepingComputer, cabaran “Invisible Challenge” yang menggunakan filter “Invisible Body” boleh menjadikan kulit pengguna tidak kelihatan dalam video dan sebaliknya menggantikan dengan latar belakang kabur. Berikutan itu, ia didakwa telah mendorong sebilangan ‘Tiktokers’ untuk memuat naik video tanpa pakaian.

Bagi memanfaatkan filter tersebut, penggodam telah memuat naik video di TikTok dengan menyatakan pihaknya menawarkan filter khas “Space Unfilter” melalui pelayan Discord. Dengan filter khas itu, ia didakwa boleh mengalih keluar latar belakang kabur pada video dengan filter “Invisible Body” dan mendedahkan video TikTokers tanpa pakaian.

tiktok challenge_1

Bagaimanapun, filter yang dinyatakan penggodam itu adalah palsu, di mana ia memasang perisian hasad “WASP Stealer (Discord Token Grabber)”. Perisian hasad itu dipercayai mempunyai keupayaan untuk mencuri akaun Discord, maklumat kata laluan dan kad kredit yang disimpan pada pelayar, dompet mata wang kripto serta fail daripada komputer mangsa.

Video berkenaan telah menerima lebih sejuta tontonan sejurus selepas disiarkan, dengan salah satu pelayan Discord penggodam itu telah mengumpulkan lebih 30,000 ahli.

Di TikTok, akaun dengan nama @learncyber dan @kodibtc telah pun digantung. Namun, dinyatakan penyimpanan di Github yang digunakan oleh penggodam masih ada, di mana ia menggantikan pakej “TikTok unfilter” dengan fail “Nitro generator”.

Pelayan Discord “Unfilter Space” juga telah ditutup, dengan penggodam itu mendakwa telah berpindah ke pelayan lain.

Gambar utama: Digital Information World

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY