Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
play store malwaree

Buang 5 Aplikasi Android Ini Sekarang Kerana Sebar Perisian Hasad Perbankan Melalui Play Store

Diterbitkan Oktober 31, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh ariff bukhari

Pakar keselamatan dari Threat Fabric melaporkan penemuan sebanyak 5 aplikasi Android yang boleh membahayakan simpanan wang dalam akaun bank penggunanya.

Ini kerana aplikasi-aplikasi ini direka secara khusus dengan tujuan bagi mencuri info log masuk, nombor akaun bank dan pelbagai lagi maklumat perbankan lain pengguna telefon pintar Android.

Sekaligus membolehkan penggodam mencuri wang yang ada di dalam simpanan akaun bank mereka.

Setakat ini kesemua aplikasi itu sudah diulang muat turun lebih daripada 130,000 kali oleh pengguna Android.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati 'Memakan' Bateri Telefon Pintar

Berikut adalah 5 aplikasi Android tersebut serta jumlah muat turun yang telah dibuat pengguna setakat ini menurut Threat Fabrics:-

  • Recover Audio, Images & Videos โ€“ 100,000 x muat turun
  • Codice Fiscale 2022 – 10,000 x muat turun
  • Zetter Authentication โ€“ 10,000 x muat turun
  • File Manager Small, Lite – 1,000 x muat turun
  • My Finances Tracker โ€“ 1,000 x muat turun
Buang 5 Aplikasi Android Ini Sekarang Kerana Sebar Perisian Hasad Perbankan Melalui Play Store
installation malware
malware android

Pakar keselamatan Threat Fabrics menyimpulkan, aplikasi berniat jahat masih mencari jalan untuk menyelinap masuk ke dalam Google Play Store walaupun perubahan dibuat pada mekanisme dasar dan keselamatan oleh pihak Google.

Cara pengedaran trojan perbankan Android sedemikian sangat berbahaya kerana mangsa mungkin tidak berasa curiga pada apliaksi tersebut dan mungkin tidak memberi amaran kepada bank mereka tentang transaksi mencurigakan yang dibuat tanpa pengetahuan mereka.

Sumber: ThreatFabric

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY