Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
saifuddin abdullah_copyyy

Lebih 1.3 Juta Talian Prabayar Didaftar Secara Meragukan Telah Dikesan

Diterbitkan November 4, 2020 oleh Amalina Athman

Sehingga Oktober 2020, sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan telah dikesan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah melalui sidang Parlimen petang ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 920,207 talian telah ditamatkan, manakala 457,645 telah dikemaskini dengan maklumat yang sah.

Audit pengesahan data ini telah dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian prabayar untuk memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

Ia juga bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan seumpamanya.

Beliau turut memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga melaksanakan strategi komunikasi yang terancang melalui saluran platform media sosial rasmi JaPen bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan sahih berkenaan penipuan siber.

Antara inisiatif yang lain untuk menyampaikan kesedaran ialah melalui pelbagai rancangan termasuk bual bicara, laporan berita, pesanan khidmat masyarakat, infografik dan sebagainya.

KKMM melalui salah sebuah agensinya, CyberSecurity Malaysia (CSM) turut berusaha menangani penipuan siber melalui pelbagai program keselamatan siber serta meningkatkan pengetahuan ancaman siber yang sentiasa berubah mengikut teknologi semasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY