Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P70 Dilapor Akan Guna Sensor Kamera Sendiri

Huawei P70 Dilapor Akan Guna Sensor Kamera Sendiri

Diterbitkan November 7, 2023 oleh Amalina Athman

Melalui pengenalan siri Mate 60, Huawei telah kembali mengeluarkan cip Kirin, dengan keupayaan 5G. Kini, nampaknya syarikat itu merancang untuk membangunkan sensor imej sendiri pula.

Berkaitan

  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit
  • Keupayaan Sistem Satelit BeiDou Kini Dapat Digunakan Huawei Mate 60 Pro
  • HUAWEI P60 Pro Dengan Storan 512GB Kini Lebih Murah

Sehingga kini, Huawei menggunakan sensor Sony untuk telefonnya. Bagaimanapun, peniris Fixed Focus Digital melaporkan Sony dan Huawei tidak memperbaharui kontrak mereka.

Seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa siri Huawei P70 akan menggunakan sensor kamera CMOS sendiri.

fixed focus digital

Terdahulu, syarikat itu juga terpaksa menggantikan bahagian dalam sistem kamera selepas kerjasama dengan Leica berakhir dan memperkenal platform XMAGE termasuk NPU yang ditempah khas.

Peralihan ke arah komponen rekaan dan kepakarannya sendiri menandakan Huawei menyasarkan mahu mengurangkan kebergantungan pada firma luar.

Berbalik kepada konteks, tiada maklumat lanjut mengenai sensor kamera Huawei yang didedahkan buat masa ini. Juga, tiada pengesahan rasmi daripada Huawei. Namun, apabila siri Huawei P70 dilancar kelak, sudah pastinya ia akan tertumpu pada inovasi kejuruteraan peranti itu.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/clk79p7
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/clk79pg

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY