Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
panel iPhone

iPhone 13 Akan Menggunakan Panel LTPO OLED Dari Samsung Display

Diterbitkan Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Awal tahun ini, kini telah pun dikhabarkan Apple akan menggunakan teknologi LTPO OLED untuk iPhone 13 yang akan dilancarkan pada separuh kedua 2021 nanti.

Terbaru, Apple sekali lagi dilaporkan bakal menggunakan panel LTPO OLED yang dihasilkan oleh Samsung Display.

Sebelum ini, laporan menyatakan Apple tidak menyertakan sokongan kadar segar semula 120Hz pada iPhone 12 selepas mengambil kira faktor jangka hayat bateri.

Dengan penggunaan teknologi LTPO yang lebih jimat kuasa, berkemungkinan iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada tahun ini akan hadir dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Bagaimanapun, dijangka hanya dua model yang akan menerima panel LTPO 120Hz iaitu versi Pro dan Pro Max.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY