realme Umum Barisan Produk Baharu Di IFA 2020

realme hari ini mengumumkan barisan produk baharu dalam persidangan IFA 2020 yang berlangsung di Berlin. Antaranya termasuk realme Watch S Pro, realme Buds Air Pro dan realme Smart TV 55".



realme Watch S Pro dijangka akan dilancarkan untuk pasaran Eropah. Jam pintar ini dikatakan hadir dengan paparan AMOLED. Seperti yang diperlihatkan pada acara tersebut, tali jam pintar itu kemungkinan menggunakan jenis silikon.

realme ifa 2020

realme Buds Air Pro akan menjadi fon telinga TWS yang lebih premium dari Buds Air. Rekaannya hampir sama seperti AirPods Pro. Fon telinga ini akan dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif (ANC). Dijangka kedua produk ini akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

realme ifa 2020

Bagi realme Smart TV 55", TV pintar dengan skrin 55 inci ini dijangka hadir dengan sokongan resolusi 4K dan HDR.



Dalam pada itu, realme turut memperkenalkan Smart Bulb dan Smart Cam 360°.



Produk-produk yang telah diumumkan ini merupakan sebahagian daripada strategi produk 1 + 4 + N yang melihat telefon pintar realme sebagai peranti teras di samping aplikasi realme Link yang akan digunakan untuk mengawal dan mengurus semua produk AIoT tersebut. realme turut merancang untuk melancarkan lebih daripada 50 produk AIoT pada tahun 2020 dan 100 lagi pada tahun 2021.

Sumber: realme via GSM Arena