Dari projek kecil, ianya bertukar menjadi sambutan luar biasa oleh pengguna Twitter. Semuanya bermula apabila Ann Jaafar memuat naik ciapan di Twitter dengan templat “Draw things that are so Malaysian to you” sejak 24 Ogos yang lalu.
Draw things that are so Malaysian to you pic.twitter.com/WalYXUYIZs
— Ann Jaafar (@annjfr) August 24, 2020
Menerusi projek tersebut, warganet mula menunjukkan kreativiti masing-masing. Pelbagai lukisan yang menggambarkan Malaysia telah dimuat naik termasuk permainan tudung botol, baling selipar, van Milo, sirap ikat tepi, Aiskrim Malaysia dan sebagainya.
Projek itu juga telah menerima perhatian ramai pengguna media sosial. Sehingga artikel ini ditulis, lebih 17.8K ciapan semula dan 16.4K tanda suka telah diterima.
Happy Independence Day!!🇲🇾
The most Malaysian thing for me is the unity we have on our similarities. We can unite on many things including arts.
Music : Malaysia by Faizal Tahir (@faizal_tahir) https://t.co/pYHtlFMHHZ pic.twitter.com/ozR3qBPbuY
— Ann Jaafar (@annjfr) August 31, 2020
Ia diadakan sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang disambut pada 31 Ogos. Beberapa lukisan juga telah digabungkan menjadi sebuah video pendek dengan durasi 58 saat. Menurut Ann, sebagai rakyat Malaysia kita boleh bersatu dalam pelbagai perkara termasuk kesenian.

Bagi anda yang belum mengenali Ann Jaafar, beliau merupakan seorang pelukis doodle berbakat yang terkenal dengan memakai beg kertas berwarna coklat.
Adakah anda juga mempunyai kenangan sambutan Hari Kemerdekaan yang ingin dikongsikan? Tinggalkan komen anda.
Kredit: Ann Jaafar