Apple dilapor telah mengadakan perbincangan dalaman mengenai kemungkinan menangguhkan pelancaran beberapa bulan dari pelancaran asal yang dijadualkan pada September nanti. Langkah itu diambil setelah mengambil kira kebimbangan penjualan iPhone yang akan terjual dalam situasi sekarang.

Pada masa ini, Apple masih memantau penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah untuk menilai jika penangguhan tersebut diperlukan. Keputusan muktamad mengenai pelancaran ini hanya akan dibuat sekitar bulan Mei memandangkan pada masa ini, pekerja Apple masih meneruskan kerja dari rumah.
Terdahulu, ura-ura mengatakan Apple sedang membangunkan 4 model baru iPhone pada tahun ini. Semua model dijangka bakal didatangkan dengan teknologi 5G dan cip A14 Bionic, manakala bagi model higher-end pula dijangka akan dilengkapi dengan sistem kamera 3D baru seperti LiDAR Scanner yang hadir pada model iPad Pro yang dilancarkan baru-baru ini.
Sumber: Nikkei Asian Review
Berkaitan
- Gmail Kini Membenarkan Pengguna iOS Tambah Lampiran Dari Aplikasi Files
- Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'
- Apple Dilapor Hentikan Sementara Pengeluaran iPhone 14 Plus
- iPhone 12 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Acara Yang Berlangsung 13 Oktober Ini
- 12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini - MenKOMM
- Kemas Kini Tersedia, Ini Yang Baharu Dalam iOS 16.4
- iPhone SE 2023 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Paparan Berlubang
- realme C12 Pula Muncul Dengan Bateri 6000mAh, Mungkin Dilancar Dalam Masa Terdekat
- Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Warna Ungu iPhone 14 Pro
- Kamera iPhone 14 Pro Dilaporkan Bergegar Dalam Aplikasi TikTok, Instagram Dan Snapchat