Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro Live Streaming

GoPro Lancar Perkhidmatan Penstriman Langsung

Diterbitkan Ogos 28, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2020 oleh Amalina Athman

GoPro kini memperkenalkan perkhidmatan penstriman langsung berkualiti tinggi (HQ) kepada pengguna kamera itu. Menerusi perkhidmatan ini, pengguna boleh membuat penstriman langsung dari kamera GoPro ke akaun mereka di laman GoPro.com.

Bagaimanapun, perkhidmatan baharu ini hanya tersedia kepada pengguna yang melanggan GoPro Plus. Menerusinya, pengguna boleh berkongsi pautan kepada sesiapa sahaja. Perkhidmatan baharu di GoPro.com ini juga hanya tersedia untuk kamera HERO8 Black, HERO7 Black dan MAX.

GoPro Lancar Perkhidmatan Penstriman Langsung

Dalam pada itu, GoPro turut melepaskan kemas kini firmware untuk HERO8 Black termasuk sokongan webcam untuk macOS. Sementara, sokongan Windows untuk GoPro Webcam tersedia dalam versi beta dan boleh dimuat turun melalui GoPro.com/webcam.

Firmware ini turut menambah sokongan HyperSmooth 2.0 High dan Boost untuk tetapan video termasuk 2.7K untuk 30, 25 dan 24 fps serta 1080 untuk 30, 25 dan 24fps.

Sumber: GoPro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY