Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube TV App Store

YouTube TV Akan Menamatkan Sokongan Bagi Langganan Melalui App Store

Diterbitkan Februari 17, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, YouTube telah berhenti menerima pendaftaran baru menerusi langganan dalam aplikasi di iPhone dan iPad. Kini, syarikat tersebut telah menghantar e-mel kepada pelanggan YouTube TV dengan menyatakan ia akan menghentikan sokongan untuk pembayaran dalam aplikasi melalui App Store bermula 13 Mac ini.

Melalui e-mel tersebut, pelanggan akan dibilkan untuk satu bulan terakhir perkhidmatan dan selepas dari tarikh itu, langganan pembayaran dalam aplikasi menerusi App Store akan dibatalkan secara automatik. Tidak dinyatakan mengapa Youtube menamatkan sokongan langganan melalui App Store, namun ia mungkin kerana Youtube memutuskan sudah cukup membahagi pendapatan langganan tersebut dengan Apple.

y

Aplikasi yang menawarkan langganan di App Store telah mengeluh mengenai pemotongan Apple selama bertahun-tahun. Sesetengah aplikasi menaikkan harga langganan mereka melalui App Store untuk menampung kerugian, sementara yang lain memilih untuk tidak menawarkan langganan dalam App Store.

Dengan menghentikan sokongan pembayaran tersebut, aplikasi YouTube TV perlu mengeluarkan semua rujukan untuk melanggan dan mendaftar dari aplikasinya, kerana Apple tidak membenarkan aplikasi disambungkan dengan pembayaran langganan pihak ketiga.

Pengguna YouTube TV masih dapat menggunakan aplikasi YouTube TV pada platform Apple, tetapi pendaftaran langganan perlu dibuat melalui pelayar.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY