Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik

Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik

Diterbitkan Januari 15, 2026 ยท Dikemas kini Januari 15, 2026 oleh ariff bukhari

SJOY, sebuah syarikat teknologi dari Tokyo, Jepun akan mengadakan demonstrasi mesin pemampatan pakaian automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita bermula dari 13 hingga 15 Januari 2026.

Perkhidmatan ini, dikenali sebagai Pocket Tips yang mampu mengecilkan pakaian sehingga 1/7 daripada saiz asal dalam masa kira-kira satu minit.

Hasilnya, pakaian penumpang boleh disimpan dalam bentuk sebesar tapak tangan, menjadikan ruang bagasi lebih lapang untuk cenderamata dan barangan lain.

Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik

Ujian ini terbuka kepada semua penumpang tanpa bayaran dan tidak memerlukan tempahan.

SJOY sebelum ini telah menjalankan percubaan di Lapangan Terbang Haneda pada 2024, dengan lebih 100 peserta terlibat dan 89% menyatakan minat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik
Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik
Lapangan Terbang Jepun Mula Uji Mesin Pemampatan Pakaian Automatik

Selain memudahkan pengembara, teknologi ini juga membantu lapangan terbang mengurangkan masalah pembuangan pakaian dan bagasi terpakai.

SJOY merancang untuk memperluas penggunaan mesin ini ke lapangan terbang lain, hotel, serta kemudahan awam di seluruh Jepun, dengan matlamat menjadikan perjalanan lebih efisien dan bebas tekanan kepada pengembara.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • Kilang Hyundai Akan Guna Robot Paling Canggih Boston Dynamics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY