Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Atlas hYUNDAI

Kilang Hyundai Akan Guna Robot Paling Canggih Boston Dynamics

Diterbitkan Januari 15, 2026 · Dikemas kini Januari 15, 2026 oleh ariff bukhari

Boston Dynamics menerusi robot humanoid mereka, Atlas, telah dinobatkan sebagai Best Robot dalam Best of CES™ 2026 Awards oleh CNET Group.

Pengiktirafan ini diberikan kerana keupayaan Atlas berjalan dengan gaya semula jadi, reka bentuk moden serta potensi besar dalam industri.

Atlas telah dipersembahkan semasa pembentangan strategi AI Robotik Hyundai Motor Group di Las Vegas, sebagai visi masa depan robot menjadi rakan sekerja manusia.

Hyundai memaklumkan, Atlas akan mula digunakan di kilang mereka di Savannah, Amerika pada tahun 2028 dengan tugas awal seperti menyusun komponen dalam usaha syarikat itu menuju era kilang pintar.

Menjelang 2030, ia dijangka mampu melakukan kerja lebih kompleks termasuk mengangkat beban berat, tugas berulang dan pemasangan komponen.

Antara keupayaan luar biasa Atlas adalah pada berat 90kg dan ketinggian 1.9m, Atlas mampu mengangkat barang seberat 50kg, kebolehan bertukar arah dari pandangan depan ke belakang dengan mudah, 56 darjah sudut kebebasan operasi, tangan sensitif, ketahanan terhadap cuaca ekstrem, serta direka untuk keselamatan dan fleksibiliti.

CEO Boston Dynamics, Robert Playter, menyifatkan Atlas sebagai robot terbaik yang pernah mereka hasilkan.

Berkaitan

  • Atlas, Robot Humanoid Generasi Baharu Dikuasakan Elektrik Sepenuhnya
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Cara Aktifkan Ciri Android Yang Boleh Panjangkan Hayat Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY