Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo

Langganan Sedia Ada Yoodo Akan Beralih Ke CelcomDigi Selepas 29 Ogos 2024

Diterbitkan Jun 14, 2024 ยท Dikemas kini Jun 18, 2024 oleh Amalina Athman

Yoodo pada Mei lepas mengumumkan bahawa penjenamaan Yoodo akan ditamatkan pada 29 Ogos 2024. Langkah ini bagi menunaikan komitmen “aku janji” kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan penggabungan CelcomDigi.

Terbaharu, Yoodo memaklumkan fungsi di bawah tidak lagi tersedia melalui aplikasinya, bermula 19 Jun 2024.

  • Pesanan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pengaktifan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pendaftaran Akaun
  • Ajak Kawan
  • Pengubahsuaian Tempoh Sah

Buat masa ini, tiada perubahan akan berlaku dan pengguna akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada (data, panggilan dan SMS) pada rangkaian CelcomDigi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jenama Yoodo Dihentikan Mulai Ogos 2024
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Penamatan Jenama Yoodo

Bagaimanapun, pelan sedia ada Yoodo akan menjadi salah satu tawaran Prabayar CelcomDigi 5G selepas 29 Ogos 2024. Pengguna sedia ada juga mempunyai beberapa pilihan seperti berikut:

  1. Pindah talian (port-out) ke perkhidmatan mudah alih pilihan masing-masing, atau
  2. Tamatkan perkhidmatan Yoodo anda, atau
  3. Teruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi – tiada caj akan dikenakan

Untuk butiran lanjut mengenai penamatan jenama ini, layari laman rasmi Yoodo.

Sumber: Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY