Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo

Jenama Yoodo Dihentikan Mulai Ogos 2024

Diterbitkan Mei 17, 2024 · Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh ariff bukhari

Berita yang mengejutkan dan menyedihkan, salah satu syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia, Yoodo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan jenama mereka, “Yoodo” selepas 29 Ogos 2024 nanti.

Perkara itu diumumkan melalui laman sosial rasmi mereka sebentar tadi.

Yoodo dalam kenyataannya menjelaskan, tindakan itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha penggabungan CelcomDigi dan komited kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di mana jenama Yoodo dikehendaki dihentikan dalam tempoh 18 bulan selepas penggabungan tersebut.

Walau bagaimanapun, pelanggan Yoodo sedia ada masih dapat terus menikmati perkhidmatan (data, suara dan SMS) tanpa sebarang gangguan.

Update on Yoodo Brand and Services pic.twitter.com/5D3e3bTFEt

— Yoodo (@yoodoMY) May 17, 2024

Yoodo berkata, mereka akan berkongsikan maklumat lanjut tentang perkhidmatan mereka dengan para pelanggannya pada 17 Jun 2024.

Untuk info lanjut, layari https://www.yoodo.com.my/important-news-en/.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY