Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo mock

Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Penamatan Jenama Yoodo

Diterbitkan Mei 17, 2024 ยท Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh Amalina Athman

Yoodo baru sahaja mengumumkan bahawa jenamanya akan dihentikan bermula 29 Ogos 2024.

Namun, apa yang bakal berlaku pada perkhidmatan dan pengguna sedia ada? Teruskan bacaan selanjutnya.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jenama Yoodo Dihentikan Mulai Ogos 2024

Kenapa jenama Yoodo dihentikan?

Pada asalnya, Yoodo merupakan jenama telekomunikasi digital yang menggunakan rangkaian CelcomDigi.

Bagaimanapun, dalam menunaikan komitmen “aku janji” kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan penggabungan CelcomDigi, jenama Yoodo dikehendaki dihentikan dalam tempoh 18 bulan selepas penggabungan itu.

Perkhidmatan sedia ada macam mana?

Menurut Yoodo, pengguna akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada (data, suara dan SMS) di rangkaian CelcomDigi, serta produk dan saluran sokongan daripada CelcomDigi tanpa sebarang gangguan sehingga dimaklumkan kelak.

Bayaran langganan pula macam mana?

Sama seperti perkhidmatannya, saluran pembayaran juga kekal seperti sedia ada sehingga dimaklumkan kelak.

Perlu ambil apa-apa tindakan ke?

Buat masa ini, tidak perlu. Namun, sekiranya ingin, pengguna mempunyai pilihan untuk berpindah ke operator lain.

Maklumat lanjut mengenai peralihan perkhidmatan Yoodo akan dikongsi selewat-lewatnya pada 17 Jun 2024. Sehingga itu, pengguna masih boleh menikmati perkhidmatan sedia ada di rangkaian CelcomDigi tanpa sebarang gangguan.

Sumber: FAQ Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY