Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Universe (1)

Aplikasi Unifi Mobile Kini Dijenamakan Sebagai Unifi UniVerse

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi Unifi Mobile kini dijenamakan semula sebagai Unifi UniVerse dengan logo baharu yang lebih segar.

Unifi Universe_new

Bermula hari ini, 17 Mac 2025, semua pelan jalur lebar dan mudah alih baharu akan diuruskan sepenuhnya melalui aplikasi Unifi UniVerse – Google Play Store, Apple App Store.

Sementara itu, pelanggan jalur lebar sedia ada masih boleh mengakses dan mengurus akaun seperti biasa melalui aplikasi MyUnifi tanpa sebarang perubahan.

Apa maknanya?

Kini, terdapat dua aplikasi yang tersedia untuk menguruskan akaun Unifi:

  • MyUnifi – Digunakan oleh pelanggan dengan akaun Unifi Home yang didaftarkan sebelum 17 Mac 2025, sekurang-kurangnya buat masa ini.
  • Unifi UniVerse – Digunakan oleh pelanggan yang mendaftar Unifi Home pada atau selepas 17 Mac 2025, serta bagi pengguna yang mempunyai akaun Unifi Mobile Postpaid, Prepaid atau Unifi Air.

Bagi pengguna sedia ada Unifi Mobile, aplikasi akan dikemas kini secara automatik sebagai sebahagian daripada penambahbaikan. Setelah kemas kini selesai, pengguna akan dialihkan ke aplikasi baharu Unifi UniVerse, yang menawarkan sejumlah ciri baharu.

Menerusi aplikasi Unifi UniVerse, pengguna boleh mengakses pakej All-in-One, yang merangkumi Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan perkhidmatan Lifestyle.

Selain itu, aplikasi Unifi UniVerse kini dilengkapi ciri tambahan seperti “Shop”, pembayaran bil untuk orang lain, menguruskan perkhidmatan Unifi Home dan Unifi Mobile dalam satu aplikasi, serta bantuan segera melalui butang “Support”.

Bagi mengetahui lain-lain butiran, layari laman FAQ Unifi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • TM Tangguh Sementara Penamatan Unifi Lite/Streamyx
  • Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan
  • Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan, Harga RM180

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY