Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G

Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G

Diterbitkan Disember 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah menguji kelajuan 5G yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia nanti.

Terbaru, Digital Nasional Berhad (DNB) dikatakan akan mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G secara rasmi kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia pada 15 Disember depan.

Bermakna, tidak lama lagi kita bakal dapat mengetahui pelan-pelan yang ditawarkan oleh syarikat penyedia telekomunikasi kepada pengguna tempatan.

Bagaimanapun, DNB dilaporkan akan menawarkan rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi tanpa ada kos bermula bulan ini hingga sebelum 31 Mac.

Ini kerana Tawaran Akses Rujukan (RAO) termasuk harga dan kos perkhidmatan akan dikongsikan kelak dalam masa terdekat.

Setakat ini, hanya pengguna Telekom Malaysia menerusi Unifi Mobile sahaja yang disahkan menikmati 5G ketika ujian rangkaian tersebut dimulakan minggu hadapan.

Untuk permulaan, tiga kawasan bandar utama – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya terlebih dahulu menerima rangkaian 5G ini.

Ia kemudian diperluaskan kepada 40% di kawasan seperti Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak bermula tahun 2022.

Tambahan lagi, DNB menyatakan mereka menyasarkan bahawa Malaysia akan menerima liputan 5G sebanyak 80% menjelang tahun 2024.

Sumber: reuters, FMT

Baca juga:

  • 5 ‘Telco’ Berjaya Capai Kelajuan Muat Turun 1000Mbps Dalam Ujian 5G Di Malaysia

  • Annuar Musa: Kos Perkhidmatan 5G Untuk Rakyat Adalah Mampu Milik

  • Sebanyak 80% Pengguna 5G Dunia Adalah Rakyat China

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY