Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Sebanyak 80% Pengguna 5G Dunia Adalah Rakyat China

Diterbitkan November 17, 2021 · Dikemas kini November 17, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Tatkala pelaksanaan 5G di Malaysia masih dilihat terumbang-ambing, China pula menjadi antara negara yang menyumbang besar pada 5G. Sama ada dari segi pengeluaran komponen mahupun pelaksanaan infrastuktur, tidak dapat dinafikan kebanyakan pengguna di seluruh dunia kini terkesan dengan kemajuan yang dicapai China.

Menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, negara tersebut kini mempunyai lebih 1.15 juta stesen pangkalan 5G. Ia juga adalah negara terbesar dan paling maju dari segi teknologi rangkaian bebas 5G.

Tambahan lagi, 40% bandar di China sudah mencapai rangkaian 5G  dan mempunyai sehingga 450 juta pengguna. Ini bermakna pengguna 5G China sahaja menyumbang lebih 80% daripada jumlah kesuluruhan pengguna 5G di seluruh dunia.

Strategy Analytics percaya kejayaan telefon pintar 5G di China adalah hasil usaha kerajaannya mempromosi 5G. Selain itu, terdapat pelbagai potongan harga dan promosi daripada pihak telekomunisasi untuk telefon pintar 5G.

Menjelang 2023, dijangka kadar penembusan pengguna 5G di sana akan melebihi 40%. Diharapkan pada tahun yang sama juga kebanyakan tempat di Malaysia sudah mempunyai liputan 5G dan bersedia untuk teknologi seterusnya.

Sumber: Gizchina

Baca juga:

  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB
  • DNB Pertikai Laporan Reuters, Perbincangan 5G Masih Lagi Berjalan
  • Lebih Seribu Stesen Pemancar Di Kedah Terima Naik Taraf 4G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY