Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

L4S, Cara Baru Pengendali Kekalkan Rangkaian Lancar Walau Di Waktu Puncak

Posted on Disember 17, 2025Disember 17, 2025

Rangkaian moden bukan lagi dinilai hanya melalui kelajuan muat turun atau muat naik, tetapi sejauh mana ia mampu mengekalkan latensi rendah ketika sibuk.

Menurut Ookla, pengendali rangkaian kini lebih memberi tumpuan kepada isu ini  kerana ia boleh menjejaskan bahagian penting perniagaan mereka.

Sebagai contoh, apabila kelewatan meningkat pada waktu sibuk, pengguna menyangka ia bermaksud “rangkaian tidak berfungsi,” walaupun isu sebenarnya hanyalah kelewatan seketika sahaja, bukan isu menyeluruh rangkaian.

Persepsi itu secara langsung mempengaruhi kesetiaan pelanggan dan jenama.

Fenomena ini dikenali sebagai loaded latency, iaitu kelewatan yang muncul apabila trafik latar belakang berlaku serentak dengan aktiviti masa nyata seperti permainan awan, panggilan video atau aplikasi XR.

Perbezaan antara kelewatan ketika tidak aktif dan kelewatan semasa beban tinggi kini menjadi faktor penentu bagi rangkaian moden.

Dengan lebih banyak aktiviti rangkaian beralih ke penggunaan masa nyata dan interaktif, pengendali memberi tumpuan kepada bagaimana rangkaian mereka berprestasi pada masa sibuk—bukan sekadar seberapa cepat ia kelihatan dalam keadaan ringan.

Jadi, untuk itu, teknologi Low Latency, Low Loss, Scalable Throughput (L4S) diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini.

Pengendali mengaktifkan L4S dalam rangkaian, dan aplikasi bagi membolehkan  algoritma kawalan kesesakan mereka memahami isyarat tersebut dan menyesuaikannya sebelum pengguna menyedari kelewatan rangkaian.

L4S menggunakan isyarat awal membolehkan aplikasi menyesuaikan kadar penghantaran sebelum kelewatan ketara berlaku.

Hasilnya, prestasi rangkaian secara keseluruhan lebih lancar walaupun rangkaian sedang penuh digunakan.

Satu lagi kelebihan utama  L4S ialah ia boleh diaktifkan melalui kemas kini perisian tanpa perlu menukar perkakasan besar.

Kelebihan ini menyebabkan L4S kini sedang dipercepatkan pengaplikasiannya dalam beberapa bidang berikut:

  • Pelayar web sedang mengintegrasikan maklum balas yang menyedari L4S melalui WebRTC.
  • Sistem operasi dan peranti
  • Permainan awan dan platform media interaktif sedang menguji L4S bagi meningkatkan responsif semasa tempoh sibuk.
  • Pembangun mendapat isyarat yang lebih jelas untuk bertindak balas dan aplikasi mereka dapat disesuaikan lebih awal berdasarkan kadar trafik.

Jadi, apabila lebih banyak aplikasi dan platform mengguna pakai L4S, pengguna akan mendapat manfaat daripada prestasi yang lebih lancar dan responsif dalam interaksi penggunaan harian mereka.

Apa yang dapat disimpulkan, operator rangkaian kini melihat kestabilan latensi sebagai faktor daya saing baharu, dengan aplikasi masa depan seperti interaktif AI dan XR akan sangat bergantung pada teknologi ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress