Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2025-12-16 12.06.32

CelcomDigi Dan PPUM Jayakan Pembedahan ENT Secara Langsung Berasaskan 5G

Diterbitkan Disember 16, 2025 oleh ainabatrisyia

CelcomDigi dan PPUM berkolaborasi dan bekerjasama dalam menjayakan pembedahan ENT (telinga, hidung dan tekak) masa sebenar antara yang pertama di dunia. Ia menggunakan teknologi 5G, teknologi AI dan extended reality (XR).

Pembedahan tersebut diketuai oleh Professor Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar iaitu Pengarah PPUM, Pakar Otorinolaringologi dan Pakar Bedah Kepala & Leher bersama Dr. Julius Goh Liang Chye yang merupakan Pensyarah Kanan dan Pakar Klinikal ENT.

Siaran pembedahan ini disaksikan para pelajar dan barisan pakar antarabangsa dari pelbagai institusi di Amerika Syarikat, negara-negara di Asia serta beberapa negeri di Malaysia.

photo_2025-12-16 12.06.32

Dihubungkan secara langsung ke teater bedah PPUM menerusi platform dikuasakan AI iaitu HoloMedicine® Robotics XR yang dibawa oleh apoQlar. Dengan rangkaian 5G kependaman ultra rendah CelcomDigi pula menjadikan siaran lancar dengan visual berdefinisi tinggi. Ini membolehkan peserta memerhati langkah pembedahan dengan tepat dan jelas.

photo_2025-12-16 12.06.34

PPUM juga merancang untuk melaksanakan siri demonstrasi pembedahan secara langsung beberapa hari berikutnya:

  • Pembedahan Urologi, mempamer pemerhatian pembedahan dari jauh dan pembelajaran interaktif yang diperbolehkan oleh 5G dan AI HoloMedicine®.
  • Pembedahan Kolorektal, membuat demonstrasi tentang kecerdasan platform XR merentas pelbagai kepakaran klinikal bagi keadaan yang berisiko tinggi.
  • Kes ENT tambahan, melebar akses rantau kepada teknik bedah lanjutan dan bimbingan pakar.

Demonstrasi bersejarah ini menunjukkan potensi XR yang dikuasakan 5G berupaya merubah pendidikan, pembedahan dan kolaborasi pakar, sekali gus melenyapkan kekangan geografi yang selama ini membuat latihan perubatan lanjutan terbantut.

photo_2025-12-16 12.06.35
photo_2025-12-16 12.06.35 (1)

Ia juga membuktikan bagaimana teknologi terbaru dapat disepadukan secara efektif dan selamat ke dalam persekitaran klinikal sebenar.

7-Group photo Dr Julius and team

Dengan ini, dapat dilihat bahawa peralatan digital lanjutan boleh disesuai untuk membantu aliran kerja pembedahan, menambah jelas pengajaran, dan menyokong pakar klinik tanpa menjejas penjagaan pesakit. Ia menetapkan asas praktikal untuk hospital mengguna pakai inovasi serupa secara terkawal.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ISS 25 Tahun: Makmal Terapung Yang Menjadi Simbol Perpaduan Global
  • Google Akan Peroleh Bekalan Tenaga Daripada Ladang Solar Di Kedah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY