Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 Pro camera

Kuo: Kamera Utama iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Akan Dilengkapi Dengan Ciri Ini

Diterbitkan Oktober 31, 2022 · Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh Amalina Athman

Dikhabarkan sebelum ini, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max tahun depan akan menampilkan beberapa kemas kini kamera yang berbeza. Bagaimanapun, penganalisis Ming Chi Kuo kini menjangkakan salah satu spekulasi mengenainya mungkin tidak menjadi kenyataan.

Dalam ciapan di Twitter, Kuo menjangkakan iPhone 15 Pro mungkin tidak akan menggunakan lensa 8P-elemen untuk kamera utama. 

I think the rumored iPhone 15 Pro series's adoption of an 8P lens won't likely come true.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) October 30, 2022

8P tersebut adalah merujuk kepada bilangan elemen dalam lensa, yang memberikan iPhone 15 Pro satu elemen optik tambahan berbanding iPhone 14 Pro. Terdapat kebaikan dan keburukan untuk menambah elemen pada lensa, yang kebiasaannya digunakan untuk mengurangkan distortion (herotan), di mana ia penting dalam lensa sudut lebar.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 15 Pro Max Akan Terima Lensa Periskop Dengan 6x Pembesaran
  • Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza
  • Gurman: iPhone 15 'Ultra' Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max
  • iPhone 15 Pro Mungkin Guna Butang 'Volume' Sama Jenis Seperti 'Home Button' iPhone 7

Walaupun model iPhone 15 Pro mungkin tidak menerima naik taraf tersebut, terdapat kemungkinan lain iPhone 15 Pro Max khususnya akan menerima lensa periskop baharu. Dikhabarkan, lensa tersebut akan ditawarkan secara eksklusif untuk model Pro dengan skrin lebih besar, yang mungkin dipanggil sebagai iPhone 15 Pro Max atau iPhone 15 Ultra.

Terdahulu, Kuo turut menjangkakan siri iPhone 15 bakal hadir tanpa butang fizikal, yang mana ia mungkin dilengkapi Taptic Engine pada butang kuasa dan kelantangan suara, seperti yang digunakan untuk butang Home pada iPhone 7, iPhone 8, iPhone SE 2 dan iPhone SE 3.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY