Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone periskop

Kuo: iPhone 15 Pro Max Akan Terima Lensa Periskop Dengan 6x Pembesaran

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Menurut penganalisis, Ming-Chi Kuo, Apple akan mengeluarkan lensa periskop pertama hanya pada iPhone 15 Pro Max nanti.

Ramalan ini Kuo berikan setelah memperhalusi beberapa dakwaan berkenaan periskop pertama Apple, yang mungkin akan hadir tahun hadapan.

Kuo mengatakan bahawa periskop Apple ini akan mempunyai 6x pembesaran (magnification) dan sensor 12MP 1/3 inci dengan penstabilan anjakan sensor.

Khabar angin lain sebelum ini mendakwa 5x pembesaran, namun ada kemungkinan bahawa angka pembesaran ini masih belum diketahui lagi.

Jika dibandingkan, 6x pembesaran adalah dua kali ganda pembesaran duo iPhone 13 Pro, yang mempunyai kanta 3x.

iPhone terbaru yang mendapat perkakasan kamera terbaik ialah iPhone 12 Pro Max, yang merupakan satu-satunya dengan kanta pembesaran 2.5x dan satu-satunya dengan sensor yang lebih besar dalam kamera utama.

Modul periskop mengikut sifatnya mengambil lebih banyak ruang daripada kanta teleskop biasa dan iPhone Pro yang kecil tidaklah begitu besar, yang dijangka akan kekal dengan paparan 6.1 inci.

Masih tidak banyak telefon Android dalam kelas saiz ini yang mempunyai periskop, namun Kuo meramalkan bahawa Apple akan merealisasikannya dan kedua-dua model iPhone 16 Pro pada tahun 2024 akan mempunyai periskop.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY