Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gurman: iPhone 15 ‘Ultra’ Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max

Gurman: iPhone 15 ‘Ultra’ Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max

Diterbitkan September 26, 2022 · Dikemas kini September 26, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor berpotensi untuk menjenamakan semula iPhone 15 ‘Ultra’ bagi menggantikan model ‘Pro Max’ yang digunakan sejak iPhone 11.

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, dapat dijangkakan reka bentuk iPhone akan diperbaharui pada tahun depan, dengan kemungkinan peralihan kepada penggunaan USB-C, selain penjenamaan semula model Pro Max kepada Ultra.

Berkaitan

  • iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm
  • Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • 'Dynamic Island' Dijangka Hadir Untuk Semua Model iPhone 15

Ia berdasarkan kepada kitaran Apple, yang kebiasaannya akan beralih kepada reka bentuk baharu selepas menggunakan rekaan yang sama dalam tempoh dua ke tiga tahun.

Apple mengekalkan reka bentuk iPhone 6 sehingga iPhone 8. Kemudiannya rekaan iPhone X digunakan sehingga iPhone 11, sementara rekaan iPhone 12 masih digunakan sehingga iPhone 14 yang dilancarkan baru-baru ini.

Peralihan kepada penjenamaan semula iPhone ‘Ultra’ bagi model paling mahal juga mungkin berikutan penggunaan nama yang telah digunakan pada cip Apple M1 Ultra dan Apple Watch Ultra yang dilancarkan baru-baru ini.

Terdahulu, Ming-Chi Kuo turut menjangkakan model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan hadir dengan segmen yang berbeza. Dengan kemungkinan itu, tidak mustahil jika Apple akan menggunakan nama ‘Ultra’, bagi membezakan penawaran ciri dan spesifikasi untuk kedua-dua model tersebut.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY