Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14 pro (16)

Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza

Diterbitkan September 9, 2022 · Dikemas kini September 9, 2022 oleh Amalina Athman

Ketika ini, tempahan iPhone bagi kelas andalan seperti Pro dan Pro Max sentiasa mendapat permintaan yang tinggi berbanding dua model asas. Dikhabarkan juga, Apple telah memperuntukkan pengeluaran model Pro yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Ia jelas mencerminkan perubahan strategi bagi pembahagian produk Apple, di mana hanya model iPhone 14 Pro yang menerima kemas kini utama.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga

Terbaharu, penganalisis Ming-Chi Kuo tidak menolak kemungkinan Apple akan menawarkan lebih banyak perbezaan naik taraf antara iPhone 15 dan iPhone 15 Pro nanti, bagi meningkatkan penghantaran model Pro serta purata harga jualan.

Malah, Apple juga mungkin mengambil langkah untuk mula membahagikan segmen yang berbeza antara iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max nanti.

Dalam erti kata lain, jika sekarang Apple membahagikan kepada dua segmen iaitu model asas (iPhone 14 dan iPhone 14 Plus) dan model andalan (iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max). Tidak mustahil, Apple akan mewujudkan segmen baharu untuk membezakan penawaran ciri dan spesifikasi antara model iPhone Pro dan iPhone Pro Max kelak. Dengan cara ini, Apple juga dapat menjana lebih banyak jualan dan keuntungan dalam pasaran.

(2/2)
Taking a step further, Apple will also start creating differentiation between the iPhone 15 Pro Max and the iPhone 15 Pro. It's the best practice via a precise product segmentation strategy to generate more sales/profits in a mature market.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) September 9, 2022

Dalam pada itu, Kuo menjelaskan salah satu sebab Apple boleh melakukan strategi pembahagian segmen baharu adalah berikutan penawaran produk Android yang tidak menimbulkan ancaman atau menggugat Apple dalam pasaran produk andalan, dengan mengambil kira kelemahan ekosistem dan nilai jenama peranti Android.

Walau bagaimanapun, dinyatakan pemindahan cip andalan Qualcomm daripada Samsung kepada TSMC serta strategi agresif Google untuk telefon boleh lipat mungkin dapat membantu untuk memperbaiki kelemahan peranti Android dalam beberapa tahun akan datang bagi pasaran produk andalan.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY