Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max concept

Kuo: iPhone 15 Pro Max Dijangka Jadi Model Paling Laris

Diterbitkan Ogos 29, 2023 · Dikemas kini Ogos 29, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran barisan iPhone 15 tidak lama lagi, penganalisis Ming-Chi Kuo mengatakan penghantaran besar-besaran iPhone 15 Pro Max akan bermula pada minggu ini. Model itu juga dijangka bakal menjadi paling laris dalam siri iPhone berkenaan.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • Tiada Warna Emas, iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Dua Warna Baru

Dalam laporan baharu, Kuo mendakwa iPhone 15 Pro Max akan menyumbang sekitar 35% hingga 40% daripada penghantaran dalam siri iPhone 15, yang bermaksud Apple jelas memberi tumpuan kepada model yang lebih mahal tahun ini.

Penghantaran untuk iPhone 15 Pro Max juga dianggarkan meningkat sekitar 10-20% berbanding iPhone 14 Pro Max.

Menurut Kuo, ciri utama yang mendorong pengguna ke arah ‌iPhone 15 Pro‌ Max berikutan kamera periskop yang hanya tersedia untuk model itu, sebelum diperluas untuk iPhone 16 Pro pada tahun depan. Melalui lensa periskop, ia membolehkan zum optik 5x–6x berbanding zum optik 3x yang tersedia pada model sedia ada.

Dengan pelancaran berperingkat kepada model Pro, ia membolehkan Apple dan pembekal eksklusif lensa periskopnya, Largan, memulakan pengeluaran 15–20 juta unit iPhone yang dilengkapi komponen itu untuk tahun ini, sebelum berkembang 70–80% kepada sekitar 30 juta unit tahun depan.

Untuk tarikh pelancaran siri iPhone 15, Apple dijangka akan mengumumkannya dalam beberapa hari lagi.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljnk4b
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljnk4m

Sumber: Ming Chi-Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY