Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 solid state news

Kuo: Belum Masanya, iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Dilengkapi Butang ‘Solid-State’

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, terdapat pelbagai spekulasi mengenai siri iPhone 15 yang silih berganti diperkatakan. Antara yang paling disebut-sebut ialah model iPhone 15 Pro akan dilengkapi butang kuasa dan kelantangan suara dari jenis solid-state, yang mana akan menggantikan butang fizikal atau mekanikal sedia ada.

Terkini, laporan terbaharu mengatakan kedua-dua iPhone 15 Pro dan Pro Max tidak akan menggunakan rekaan butang solid-state. Sebaliknya, reka bentuk butang fizikal tradisional akan dikekalkan.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Mungkin Guna Butang 'Volume' Sama Jenis Seperti 'Home Button' iPhone 7
  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • Tiada Lagi Suis, Imej Tertiris Perlihatkan iPhone 15 Pro Dengan Butang 'Silent'

Menurut penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo, ia adalah lanjutan daripada isu teknikal yang tidak dapat diselesaikan sebelum pengeluaran besar-besaran dilakukan.

Mengambil kira iPhone 15 Pro ketika ini masih dalam fasa pembangunan ujian awal, Apple mempunyai masa untuk mengubah suai rekaan peranti. Dengan membatalkan rancangan penggunaan butang solid-state, ia juga dapat memudahkan proses pembangunan dan ujian.

Selain Kuo, penganalisis Haitong Tech Jeff Pu juga mengatakan perkara yang sama di mana Apple mungkin mengekalkan rekaan butang tradisional memandangkan butang solid-state mempunyai rekaan yang kompleks.

Sudah tentu, laporan ini adalah bercanggah daripada jangkaan sebelumnya. Namun, dengan dua laporan yang selari ini, tidak mustahil Apple akan mengekalkan penggunaan butang tradisional.

Tambahan pula, masih menjadi persoalan sejauh mana butang kuasa dengan Taptic Engine dapat berfungsi untuk menghidupkan peranti dalam keadaan ia dimatikan.

Sumber: 9to5Mac, Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY