Kunjungi 'HyperGram' Di Sunway Pyramid, Interaksi Dengan Teknologi Hologram

Bermula hari ini hingga 14 Jun, pengunjung Sunway Pyramid berpeluang untuk menggunakan HyperGram melalui teknologi holografik 4K Ultra HD 3D untuk pengalaman interaktif.

Dibangunkan oleh agensi media dan pemasaran, Disturbed Media Group and Ingage Media, dari London, HyperGram berfungsi sebagai alat pemasaran menggunakan teknologi 4K 3D.



Menerusih hologram dan unjuran 3D, pengunjung akan dapat melihat produk, objek, dan urutan animasi yang kelihatan nyata dan seperti terapung di ruang kosong tanpa memerlukan alatan khas.

Pengunjung juga akan dapat berinteraksi dengan hologram dengan melakukan tindakan tertentu mengikut arahan audio dan visual terbina.

Kunjungi HyperGram hari ini sehingga 14 Jun, terletak di Aras Bawah Sunway Pyramid.

Sumber: Siaran akhbar HyperGram

Baca juga:

Berkaitan