Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3D

Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3D

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh ariff bukhari

Acer telah melancarkan secara rasmi komputer riba permainan terbaru iaitu Predator Helios 300 SpatialLabs Edition.

Komputer riba berkuasa ini  menyokong sehingga cip pemprosesan Intel® Core™ i9 Gen ke-12 serta grafik dari NVIDIA® GeForce RTX™ 3080 yang cukup berkuasa.

Ia juga dilengkapi dengan memori 32GB DDR5-4800 dan storan PCIe Gen 4 NVMe SSDs RAID 0.

Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3DIstimewanya Predator Helios 300 SpatialLabs Edition ini adalah ia menawarkan pengalaman bermain video tanpa memerlukan cermin mata dan stereoskopik 3D.

Keupayaan itu dicapai dengan integrasi teknologi SpatialLabs menerusi aplikasi SpatialLabs TrueGame di mana pemain boleh bermain permainan video dalam mod 3D tanpa memerlukan cermin mata khas.

Acer Lancar Predator Helios 300 SpatialLabs Edition, Komputer Riba Permainan Dengan Ciri Stereoskopik 3D
Predator Helios 300 SpatialLabs Edition dilengkapi dengan sambungan seperti HDMI 2.1 1x Thunderbolt™ 4 dan 2x USB 3.2 Gen2.

Paparan Predator Helios 300 SpatialLabs Edition terdiri daripada panel UHD 2D bersaiz 15.6 inci bersama lensa lentikular cecair kristal pada bahagian atasnya, sekaligus memberikan pengalaman paparan stereoskopik 3D dan teknologi render pada masa sebenar.

Predator Helios 300 SpatialLabs Edition ini akan mula ditawarkan di Amerika Utara pada awal suku ke-4 dengan harga bermula dari USD3,399.99 (RM14976.00).

Baca juga:

  • Komputer Riba Acer Swift 3 OLED Dan Spin 5 2022 Dikuasakan Oleh Intel Evo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY