Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOU MOSTI x MYStartup Corp Partners

Kuala Lumpur Menjadi Salah Satu Daripada 25 Ekosistem ‘Startup’ Dunia

Diterbitkan Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

Sebagai sebahagian daripada usaha menjana ekosistem startup yang inklusif, berkesan dan mampan di Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) melancarkan siri jelajah persidangan mikro, MYStartup NXT.

Siri jelajah ini akan bermula dari Cyberjaya, Sarawak, Pulau Pinang, dan seterusnya akan berakhir di Sabah.

Persidangan mikro ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan startup tempatan di seluruh Malaysia, memberi akses yang lebih meluas kepada sokongan dan faedah ekosistem startup, serta membantu pertumbuhan syarikat.

MYStartup menyasarkan untuk mewujudkan lebih daripada 5,000 startup berkualiti menjelang tahun 2030.

Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 25 ekosistem startup dunia yang sedang berkembang.

Oleh itu, terdapat potensi yang besar untuk bandar-bandar lain di Malaysia yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab kepada pengasas-pengasas startup.

“MYStartup NXT bertujuan membudayakan inovasi yang boleh dan mudah untuk diakses dalam usaha Kerajaan menyokong pembangunan startup dalam jangka panjang, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, iaitu membina negara berinovasi dan berteknologi tinggi. Selain itu, pelancaran Laporan Tahunan MYStartup hari ini juga akan membantu Kerajaan dalam merealisasikan aspirasi tersebut menerusi program-program yang akan dipacu untuk memberikan hasil terbaik”, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berkaitan

  • "Private Number" Tidak Lagi Dibenar Digunakan - MCMC
  • ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999
  • HUAWEI P60 Pro Duduki Tempat Pertama Carta DXOMARK

Sumber: Siaran Media MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY