Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 7 & Ultimate malaysia

ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate baru saja dilancarkan secara rasmi di Malaysia tadi.

Menjalankan Android 13, 2 model ini dijana Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM sehingga 16GB bersama ROM sebesar 512GB.

harga rog phon e 7 malaysia 1

Jenis RAM digunakan ialah LPDDR5X manakala ROM pula UFS4.0.

ROG Phone 7 dibantu Adreno 740 sebagai GPU.

Kamera di belakang menggunakan sensor IMX766 sebagai kamera utama iaitu 50MP, ultralebar 13MP dan makro 5MP.

Swafoto pula dibantu lensa 32MP.

ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999

Selain itu, paparannya AMOLED 165Hz bersaiz 6.78″ buatan Samsung padanya mempunyai puncak kecerahan sehingga 1500 nit, sokong input sentuh 720Hz dan menggunakan kaca Corning Gorilla Glass Victus.

harga rog phone 7 malaysia 2

Berbekalkan bateri sebesar 6000mAh, ia juga menyokong pengecasan pantas 65W.

Selain AirTrigger, ciri gaming dimasukkan termasuklah GameCool 7 Thermal System.

Telefon-telefon ini juga mempunyai perlindungan IP54.

ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999

Ciri terbaru yang hadir bersama ialah subwoofer dalam AeroActive Cooler 7.

Harga

  • ROG Phone 7  (12/256GB) – RM3599
  • ROG Phone 7  (16/512GB) –RM4299
  • ROG Phone 7 Ultimate (16/512GB) – RM4,999 (sekali AeroActive Cooler 7)

Dari segi ketersediaan, Phone 7 sudah mula tersedia tetapi Ultimate pula sedikit lewat iaitu bermula 15 Mei 2023.

ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999

Sudah tentu, mereka yang membelinya awal akan mendapat beberapa hadiah percuma seperti tertera dalam gambar di atas.

Anda boleh ke laman web ROG untuk spesifikasi terperinci atau belinya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY