Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p60 pro

HUAWEI P60 Pro Duduki Tempat Pertama Carta DXOMARK

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

HUAWEI P60 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada esok hari. DXOMARK kini sudah mengemas kini carta untuk kategori kamera telefon.

Sekarang, P60 Pro menduduki tempat pertama, menundukkan OPPO Find X6 Pro dan HONOR Magic5 Pro yang sebelum ini pernah menduduki yang sama.

huawei p60 pro dxomark 1

Ia memperoleh 156 mata manakala Find X6 Pro sebanyak 153 mata dan Magic 5 Pro setinggi 152 mata.

Menurut DXOMARK, kekuatannya termasuklah perincian pada setiap tahap zum, tona warna yang menghampiri warna kulit sebenar serta kemampuan fotografi dan video keseluruhan yang bagus untuk apa-apa situasi.

huawei p60 pro dxomark 1

Tetapi, kelemahannya pula ialah kedalaman yang berbeza ketika previu dan selepas foto ditangkap, butiran yang pelik dalam gambar yang ditangkap dalam situasi cahaya yang sukar serta peralihan fokus yang ketara semasa rakaman video.

Berkaitan

  • Huawei Mate 50 Pro Nombor 1 Dalam Carta DXOMARK, Pintas Pixel 7 Pro
  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini
  • OPPO Find X6 Pro Kini Raja DXOMARK, Tinggalkan HONOR Magic5 Pro Di Tempat Ke-2

Kami berkesempatan menggunakan HUAWEI P60 Pro selama beberapa minggu dan akan melepaskan artikel ulasan kamera yang terperinci dalam masa terdekat.

Namun, jika anda tidak sabar, jangan risau kerana video kami akan terbitkan esok sejurus pelancarannya, menyentuh secara ringkas pengalaman kami dengan kameranya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY