Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j

Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j

Diterbitkan April 10, 2026 oleh ariff bukhari

NASA kini sedang bersiap untuk detik bersejarah membawa pulang empat angkasawan misi Artemis II kembali ke Bumi.

Krew tersebut akan memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan  23,864 batu sejam (~38,406 km/j ), sekali gus  bakal menjadi rekod kelajuan tertinggi dalam sejarah kemasukan semula menerusi kapsul angkasa.

Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j

Cabaran utama adalah suhu ekstrem yang akan dihadapi kapsul angkasa itu sehingga 2,760°C apabila memasuki atmosfera Bumi, yang akan menguji keupayaan perisai haba Orion.

Proses pendaratan juga penuh dramatik. Parasut akan dibuka secara berperingkat – bermula dengan penutup hadapan, diikuti drogue, dan akhirnya tiga payung utama pada ketinggian 9,500 kaki.

Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j
Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j
Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j

 

Proses masuk semula akan bermula dengan pemisahan modul servis, diikuti pembakaran terakhir, kemudian komunikasi terputus seketika ketika kapsul melalui suhu tinggi.

Proses yang dikenali sebagai “splashdown” ini diteruskan dengan pembukaan beberapa set payung terjun secara berperingkat, sebelum kapsul mendarat di laut.

Kapsul dijangka mendarat di Lautan Pasifik, pantai San Diego kira-kira jam 5:07 petang PDT (8:07 malam EDT) pada hari Jumaat, 10 April, dengan pasukan Tentera Laut AS dari USS John P. Murtha akan melakukan operasi menyelamat.

Krew Artemis II Akan Kembali Ke Bumi Pada Kelajuan 38,406 Km/j

Kepulangan krew misi Artemis II ini akan boleh ditonton secara  langsung bermula jam 6:30 petang EDT melalui NASA+, YouTube, dan platform penstriman utama termasuklah  Amazon Prime, Apple TV, Netflix, HBO Max, Discovery+, Peacock dan Roku.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • NASA Kongsi Imej Rasmi, Dirakam Kru Artemis II Ketika Penerbangan Melintasi Bulan
  • Angkasawan Artemis II Tidak Dapat "Membuang" Seperti Biasa, Tandas RM108 Juta Bermasalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY