Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e dagang_

KPDN Cadang Perkenal Undang-Undang Baharu e-Dagang

Diterbitkan Ogos 11, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan penggubalan undang-undang baharu khusus bagi mengawal selia e-dagang.

Timbalan Menteri, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata langkah ini bagi memastikan dasar serta peraturan semasa mampu menampung perubahan lanskap perniagaan dalam talian yang semakin dinamik.

Sekali gus memperkukuh perlindungan kepada pengguna yang kini berdepan pelbagai cabaran dan risiko urus niaga digital.

“Dalam ekosistem e-dagang, kita mempunyai penjual, peniaga dan penyedia platform. Justeru, keperluan ini mendorong kita melaksanakan satu undang-undang bagi melindungi semua pihak berkepentingan,” katanya dalam sidang media Sesi Libat Urus Kajian Semula Pelan Induk Perdagangan 2025-2035 dan Semakan Semula Perundangan E-Dagang di sini hari ini.

Sesi libat urus siri kedua anjuran KPDN ini menekankan keperluan mengemas kini perundangan e-dagang sedia ada agar kekal relevan dan berkesan dalam mengawal selia ekosistem digital yang berkembang pesat.

Berkaitan

  • Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 - Berkuat Kuasa 16 Julai
  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia
  • RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami
  • Transaksi BNPL Kini Cecah RM9.3 Bilion, Akaun Aktif Turut Meningkat
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY