Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_kredit Security Week

DeepSeek Dilaporkan Guna 50 Ribu GPU Nvidia, Labur ~RM7.52 Bilion Untuk Pelayan

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat pemula China, DeepSeek, menarik perhatian dunia teknologi dengan dakwaan bahawa model AI mereka, R1, dilatih dengan kos rendah iaitu $6 juta dan hanya menggunakan sejumlah 2,048 GPU sahaja, tetapi masih mampu bersaing dengan model o1 OpenAI.

Namun, laporan dari firma SemiAnalysis mendedahkan bahawa DeepSeek sebenarnya membelanjakan sebanyak $1.6 bilion (~RM7.52 Bilion) untuk perkakasan dan menggunakan sekitar 50,000 unit GPU Nvidia Hopper dengan kos operasi mencecah $944 juta (~RM4.4368 bilion).

“Analisis kami menunjukkan bahawa jumlah CapEx pelayan untuk DeepSeek ialah ~$1.6 bilion. Kami percaya mereka mempunyai akses kepada kira-kira 50,000 GPU Hopper.” SemiAnalysis.

hopper nvidia gpu
GPU NVIDIA Hopper.

Ini termasuklah 10,000 H800 dan 10,000 H100, dengan pembelian tambahan unit H20, menurut SemiAnalysis.

Pendedahan ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa DeepSeek berjaya mengurangkan kos pembangunan AI secara drastik berbanding pesaing utama industri.

DeepSeek berasal daripada High-Flyer, yang menggunakan AI awal dan banyak melabur dalam GPU.

Pada tahun 2023, High-Flyer melancarkan DeepSeek sebagai usaha berasingan yang tertumpu semata-mata pada AI.

Tidak seperti kebanyakan pesaing, DeepSeek kekal dibiayai sendiri, memberikannya fleksibiliti dan kelajuan dalam membuat keputusan.

Antara perbezaan utama DeepSeek ialah keupayaannya menjalankan pusat datanya sendiri, tidak seperti kebanyakan syarikat pemula AI lain yang bergantung pada pembekal awan luaran.

Kebebasan ini membolehkan kawalan penuh ke atas eksperimen dan pengoptimuman model AI.

Di samping itu, ia membolehkan lelaran (iteration) pantas tanpa kesesakan luaran, menjadikan DeepSeek sangat cekap berbanding pemain tradisional dalam industri.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek

Sumber: Tom’s Hardware, SemiAnalysis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY