Korea melangkah ke era baharu pengangkutan dengan pelancaran tren berkelajuan tinggi generasi seterusnya, EMU-370.
Tren ini mampu beroperasi pada kelajuan 370 km/j, menjadikannya kedua terpantas di dunia selepas tren berkelajuan tinggi buatan China, CR450 yang mampu memecut sehingga 453km/j.
Projek ini dikendalikan oleh Korea Railroad Research Institute (KRRI) bersama tujuh organisasi lain seperti Hyundai dengan kos pembangunan sebanyak 22.5 bilion won (~RM62.32 juta).

EMU-370 menawarkan peningkatan besar berbanding tren terdahulu, termasuk 47.4% kuasa motor lebih tinggi, 12.3% rintangan udara lebih rendah, serta 33% kurang getaran mendatar.
Ia juga lebih senyap dengan penurunan 2 desibel bunyi dalaman. Tren ini mampu membawa 479 penumpang dengan kapasiti kuasa motor yang setara 75 kereta bersaiz sederhana.
Kerajaan Korea merancang pengeluaran bermula 2026, ujian operasi pada 2030 dan komersialisasi selepas 2031.
Dengan kelajuan ini, semua wilayah Korea boleh dicapai dalam masa dua jam, sekali gus meningkatkan keseimbangan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan negara itu dalam pasaran rel berkelajuan tinggi global.
{suggest}


