China kini dikenali sebagai peneraju global dalam pembangunan kereta api laju, dengan rangkaian rel berkelajuan tinggi terbesar di dunia.
Sejak pelancarannya pada 2008, sistem High-Speed Rail (HSR) China telah berkembang pesat sehingga melebihi 48,000 kilometer (setakat 2024), menghubungkan hampir semua wilayah utama di negara itu.
China telah membangunkan model kereta api laju berteknologi tinggi mereka sendiri yang dikuasakan oleh tenaga elektrik dengan keupayaan memecut kelajuan maksimum 350km/j.

Tetapi, apa yang lebih mengkagumkan adalah China membangunkan kereta api mereka dengan teknologi penggunaan tenaga rendah.
Tahukah anda bahawa model kereta api laju China seperti CR400BF-Z direka dengan kecekapan tenaga tinggi di mana ia hanya menggunakan 3.5 kWj sahaja bagi setiap 100 km perjalanannya dengan penumpang memenuhi penuh setiap gerabaknya.
Untuk memudahkan anda lebih faham betapa rendahnya kos tenaga yang digunakan, kita mengambil konteks di Malaysia.
Tarif elektrik di Malaysia adalah berharga RM0.2703 sen/kWj sahaja (kadar tarif isi rumah untuk jumlah penggunaan 1,500 kWj dan ke bawah sebulan).
Jadi, jika kereta api laju CR400BF-Z di China hanya menggunakan tenaga sebanyak 3.5 kWj sahaja bagi setiap 100 km, bermakna kos elektrik bagi kereta api itu hanya berjumlah RM0.94605 sen sahaja bagi jarak perjalanan tersebut.

China telah pun memperlihatkan model terbaru kereta apai laju mereka, CR450, unit EMU (Electric Multiple Unit) generasi baharu yang mampu mencapai kelajuan ujian 450 km/j.
Namun, ia bukan sekadar tentang kelajuan semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah membangunkan kenderaan yang mampu bergerak laju sambil kekal inovatif dan efisien yang menggabungkan kepantasan dengan reka bentuk pintar dan jimat tenaga.
Melalui inovasi berterusan, China terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam teknologi kereta api laju.
{suggest}
