Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CR450 china

Kereta Api Terpantas Di Dunia Sedang Diuji Di China

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

China pereknal tren laju generasi baharu yang mampu mencapai kelajuan lebh 450km/j.

Tren laju ini yang dikenali sebagai CR450 kini sedang menjalani ujian yang dijangka akan menetapkan penanda aras baru untuk kereta api berkelajuan tinggi

Dibangunkan oleh CRRC (Changchun Railway Vehicles Co.), tren ini menampilkan sistem operasi pintar, reka bentuk rendah karbon, dan struktur modular yang boleh disesuaikan dengan pelbagai iklim serta standard landasan.

Semasa percubaan baru-baru ini, CR450 mencapai kelajuan maksimum 453 kilometer sejam, manakala dua kereta api yang berlalu satu sama lain mencapai kelajuan relatif gabungan yang mengejutkan selaju 896 km/j, yang tertinggi pernah direkodkan untuk kereta api berkelajuan tinggi.

Kereta Api Terpantas Di Dunia Sedang Diuji Di China

Tren ini boleh beroperasi dalam suhu ekstrem antara -50°C hingga +50°C dan menyokong pelbagai sistem bekalan kuasa serta komunikasi berbilang bahasa.

Ia juga direka untuk pelbagai saiz landasan, menjadikannya sesuai untuk laluan antarabangsa.

Kereta Api Terpantas Di Dunia Sedang Diuji Di China
Reka bentuk aerodinamiknya dipertingkat dengan hidung lebih panjang 15 meter, berat dikurangkan 50 tan, dan penggunaan bahan ringan seperti gentian karbon dan aloi magnesium. Daya seretan udara berkurang 22%, manakala bunyi dalam kabin pada 400 km/j hanya 68 desibel.

Sebelum memasuki perkhidmatan komersial, CR450 mesti menyelesaikan 600,000 kilometer ujian ketat di pelbagai keadaan, selaras dengan piawaian teknikal kebangsaan China.

CR450 dijangka memulakan ujian operasi penuh tahun depan — menjadikannya tren pertama di dunia beroperasi tetap pada kelajuan 400 km/j.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • SPX Express Lancar Pusat Logistik Pintar Dengan Teknologi AI Dan IoT Di Bukit Raja
  • Proton e.MAS 5 Akan Dilancar 30 Oktober Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY