Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp kongsi skrin_2

WhatsApp Uji Ciri Perkongsian Skrin

Diterbitkan Mei 27, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam perkembangan terkini, WhatsApp dilapor sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi skrin dengan lebih mudah semasa membuat panggilan video.

Ciri ini telah pun tersedia untuk sebilangan penguji beta yang memasang WhatsApp beta untuk Android bagi versi 2.23.11.19 di Google Play Store.

Berkaitan

  • Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"
  • Akhirnya, Pengguna Kini Boleh 'Edit' Mesej Di WhatsApp
  • WhatsApp Kelak Mungkin Bolehkan Pengguna Berhubung Tanpa Tahu Nombor Telefon

Seperti yang dikongsi dalam tangkap layar di bawah, ikon perkongsian skrin akan terpapar di bahagian bar kawalan panggilan. Jika ikon tersebut diklik, satu pop-up akan muncul untuk membenarkan perkongsian skrin.

WhatsApp kongsi skrin

Setelah memberikan kebenaran, WhatsApp akan mempunyai akses kepada semua maklumat yang boleh dilihat pada skrin atau dimainkan pada peranti.

Buat masa ini, ciri perkongsian skrin hanya tersedia kepada beberapa penguji WhatsApp beta untuk Android dan dijangka akan diperluas dalam beberapa minggu akan datang.

Walaupun begitu, perlu diketahui ciri ini mungkin tidak tersedia pada versi Android yang lebih lama.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY