Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2025-06-12 at 12.49.09

Komputer Riba Permainan TUF Dengan Siri RTX 50 Dilancarkan, Harga Dari RM5,999

Diterbitkan Jun 12, 2025 · Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer riba permainan TUF baharu yang kini grafik dipacu siri RTX 50.

Komputer riba permainan TUF baharu ini hadir dalam model TUF Gaming A14, A16 dan F16

Untuk model TUF Gaming F16 (FX608) dan TUF Gaming A16 (FA608), ia model ini direka khas untuk para pemain yang memerlukan prestasi tinggi serta tahan lasak

TUF Gaming A16 dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 9 8940HX, manakala TUF Gaming F16 menggunakan Intel Core i7 14650HX.

Kedua-dua model ini menyokong sehingga kad grafik NVIDIA RTX 5070 Laptop GPU.

Dari segi memori dan storan, laptop ini hadir dengan 16GB RAM DDR5 serta storan PCIe Gen 4 sehingga 1TB, yang kedua-duanya boleh dinaik taraf dengan mudah mengikut keperluan pengguna.

Paparan skrin pula berukuran 16 inci dengan resolusi sehingga WQXGA, kadar segar semula 144Hz.

Komputer Riba Permainan TUF Dengan Siri RTX 50 Dilancarkan, Harga Dari RM5,999
TUF Gaming A16 dilengkapi pemproses AMD Ryzen 9 8940HX.
Komputer Riba Permainan TUF Dengan Siri RTX 50 Dilancarkan, Harga Dari RM5,999
TUF Gaming F16 menggunakan Intel Core i7 14650HX

TUF Gaming A14 (FA401) pula adalah sebuah laptop gaming yang  kompak dan ringan dengan berprestasi hebat.

Hanya seberat 1.46kg dan ketebalan 1.69cm, ia sesuai untuk pengguna yang sering bergerak namun tetap mahu menikmati pengalaman gaming berkualiti.

Walaupun bersaiz kecil, TUF Gaming A14 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Laptop GPU serta skrin 14 inci WQXGA S (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 165Hz.

Dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI 7 350 menjadikan TUF A14 bukan sahaja sesuai untuk permainan AAA, malah mampu menjalankan pelbagai aplikasi serentak.

Komputer Riba Permainan TUF Dengan Siri RTX 50 Dilancarkan, Harga Dari RM5,999
RAM ASUS TUF Gaming A14 boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

Model TUF Gaming F16 (FX608) dan TUF Gaming A16 (FA608) masing-masing berharga dari RM5,999 dan RM7,299.

Manakala model TUF Gaming A16 pula berharga dari RM7,499.

Selain itu, ASUS turut mengemaskini model komputer riba ASUS Gaming V16 dengan RTX 5060 ditawar pada harga RM5,199.

Pricing_Announcement KV _Square

Barisan komputer riba TUF Gaming baharu ini sudah tersedia di Malaysia.

Beli komputer permainan ASUS dari stor rsmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmraxw
  • Lazada – https://invl.me/clmray2

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel - Ini Yang Baharu
  • Atome Card Bakal Dilancar Di Malaysia - Ini Kelebihan & Cara Sertai 'Waitlist'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY