Pengguna Atome di Malaysia kini boleh menyertai senarai menunggu untuk memohon Atome Card, dengan pelancarannya dijangka dalam beberapa bulan akan datang, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
Apa itu Atome Card?
Pada asasnya, Atome Card memberi kebebasan kepada pengguna untuk Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) bagi keperluan harian dan lain-lain. Ia boleh digunakan secara global di mana Visa diterima, menawarkan keadah pembayaran fleksibel dan lancar.
Dalam bahasa mudah, Atome Card membolehkan pengguna berbelanja sama ada untuk pembelian dalam talian, di kedai fizikal, mahupun ketika melancong ke luar negara.
Kad ini turut disertakan dengan Had Perbelanjaan Tersedia yang telah ditetapkan lebih awal, ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti corak perbelanjaan dan rekod bayaran balik pengguna.
Kelebihan Atome Card
Menurut Atome, pengguna boleh menikmati pembayaran tanpa faedah sehingga 40 hari dan tanpa bayaran pendahuluan, atau pilih pelan ansuran patuh Syariah sehingga 12 bulan.
Menariknya, kad ini tidak mengenakan yuran tahunan seumur hidup dan setiap transaksi melayakkan pengguna untuk menerima mata ganjaran Atome+ tanpa had.
Selain itu, Atome Card turut menawarkan kelulusan segera tanpa memerlukan sebarang syarat pendapatan minimum.
Cara sertai ‘waitlist’ Atome Card
Walaupun kad ini belum dilancarkan secara rasmi, pengguna boleh menyertai senarai menunggu untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan Atome Card apabila ia dilancarkan.
Caranya, pastikan aplikasi mudah alih dikemas kini kepada versi terbaru terlebih dahulu. Kemudian, di halaman utama aplikasi, klik “Card” dan sertai senarai menunggu.
Setelah selesai, pengguna akan dimaklumkan sebaik sahaja proses permohonan rasmi Atome Card dibuka.
{suggest}