Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s Spear

Koenigsegg Lancar Sadair’s Spear, Hypercar 1,625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Diterbitkan Jun 27, 2025 · Dikemas kini Jun 27, 2025 oleh ariff bukhari

Koenigsegg baru saja memperkenalkan model hypercar terbaru mereka, Sadair’s Spear sebuah kereta berprestasi tinggi yang dicipta khas untuk pemanduan litar yang ekstrem tetapi masih sah digunakan di jalan raya di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja lebih ringan, berkuasa, dan aerodinamik, malah tampil dengan sistem brek dan suspensi yang dipertingkatkan serta rekaan dalaman minimalis yang dioptimumkan untuk prestasi.

Nama “Sadair’s Spear” diambil daripada kuda lumba kegemaran ayah pengasas Koenigsegg, Jesko, sebagai satu penghargaan sentimental.

Jentera ini menggunakan enjin V8 twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,625hp dengan menggunakan bahan api mesra alam E85 (campuran bahan bakar etanol yang terdiri dari 85% etanol dan 15% bensin) yang mana penggunaan E85 dapat mengurangkan emisi karbon dioksida di atmosfer bumi (sumber utama penyebab pemanasan global).

Ia juag dilengkapi transmisi Light Speed yang boleh berputar sepantas 46,000 rpm/s.

‘s Spear 1
Di litar Gotland Ring, kereta ini sudah pecah rekod pusingan yang dipegang oleh Jesko Attack sebelum ini.

Rekaan aerodinamik yang sangat teliti termasuk sayap belakang aktif dua lapis, kanard depan yang lebih besar dan sistem pendinginan udara yang lebih cekap.

Berat keseluruhan juga berjaya dikurangkan sebanyak 35 kg, menjadikan nisbah kuasa kepada berat melebihi tanda aras 1:1, menjadikannya lebih ekstrem daripada model ikonik Koenigsegg One:1.

Hanya sebanyak Sadair’s Spear 30 unit sahaja dihasilkan, dan semuanya telah habis terjual sebaik sahaja ia diperkenalkan secara tertutup pada harga £3.8 million (~RM22.9 juta).

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Kajian Terkini Dedah Bateri EV Tahan Lebih Lama Berbanding Kereta ICE
  • Xiaomi YU7 Rasmi – SUV EV Yang Lebih Murah Daripada Tesla Model Y

Sumber: Koenigsegg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY