Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan ‘Skip’ A17 Pro

iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan ‘Skip’ A17 Pro

Diterbitkan Oktober 20, 2023 oleh Amalina Athman

Keempat-empat model iPhone 16, termasuk dua model standard, sekali lagi dilaporkan akan dilengkapi cip A18.

Penganalisis yang berpangkalan di Hong Kong, Jeff Pu menjangkakan semua model iPhone 16 akan menggunakan cip yang dihasilkan dengan teknologi 3nm generasi kedua TSMC atau “N3E”.

Berkaitan

  • Lupakan A17 Pro, Siri iPhone 16 Mungkin Guna Cip Khas
  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
  • Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun

Ketika ini, dua model iPhone 15 Pro dilancarkan bersama cip A17 Pro yang dihasilkan dengan teknologi 3nm pertama TSMC “N3B”. Menurut TSMC, N3E merupakan cip yang lebih murah dan mempunyai hasil yang lebih baik berbanding N3B.

Sementara itu, Pu secara spesifik menyenaraikan jangkaan bagi penggunaan cip pada siri iPhone 16 kelak.

  • iPhone 16: A18 (N3E)
  • iPhone 16 Plus: A18 (N3E)
  • iPhone 16 Pro: A18 Pro (N3E)
  • iPhone 16 Pro Max: A18 Pro (N3E)

iPhone 15 dan iPhone 15 Plus menggunakan cip A16 Bionic, iaitu cip yang sama digunakan untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max. Jika benar iPhone 16 dan 16 Plus akan menggunakan cip A18, ia akan menjadi perubahan yang ketara, kerana bermakna kedua-dua model ini akan melangkau cip A17 Pro.

Namun, mengambil kira barisan iPhone 16 masih mempunyai sekitar 11 bulan sebelum dilancarkan, Pu berkemungkinan membuat jangkaan dengan nama pemasaran. Masih perlu dilihat sama ada Apple akan menggunakan penjenamaan A18 dan A18 Pro atau sebaliknya.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk3gt6
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk3gt7

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY