Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 pro

iPhone 16 Akan Dilengkapi Butang Khas Baharu – Mark Gurman

Diterbitkan Disember 18, 2023 · Dikemas kini Disember 18, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam laporan terbaharu Bloomberg, Mark Gurman berkata akan terdapat butang khas baharu untuk merakam video pada iPhone 16.

Berkaitan

  • Pengguna iPhone Kini Boleh Tukar Bunyi Notifikasi 'Default', Ini Caranya
  • Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti
  • Ini Mungkin Gambaran Awal Rekaan iPhone 16

Menurut Gurman, Apple akan memberikan kelainan bagi tahun 2024 – yang mana tidak hanya tertumpu kepada iPhone, tetapi semua produk lain. Sudah tentu, iPhone masih akan mendapat naik taraf tahun depan. Akan tetapi, tidak akan ada perubahan besar.

Apple dikatakan merancang untuk mengekalkan reka bentuk iPhone 15 dengan saiz skrin yang lebih besar untuk versi Pro. Model standard akan menerima butang ‘Action’ yang ketika ini hanya tersedia untuk iPhone 15 Pro dan Pro Max. Tambahnya lagi,

Lower-end models will get the Action button, and there will be a new dedicated button for taking video.

Ia mungkin selari dengan beberapa spekulasi yang mengatakan iPhone tahun depan akan dilengkapi butang ‘Capture’ baharu.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambaran awal iPhone 16 sebelum ini, butang Capture akan ditempatkan di bahagian bawah sisi kanan peranti itu kelak. Ia berkemungkinan akan menjadi butang kapasitif dengan tindak balas haptik, dan bukannya butang mekanikal.

Butang Capture ini dijangka akan hadir untuk keempat-empat model iPhone 16. Ditambah dengan sokongan spatial video serta set Vision Pro, tidak mustahil Apple akan menambah butang baharu itu bagi menjadikan rakaman video lebih cepat dan mudah diakses.

Sumber: Bloomberg via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY