Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka

KKM Sasar Haramkan Vape Sepenuhnya Pada Tahun Depan

Diterbitkan Disember 17, 2025 · Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape, dengan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun depan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata memorandum itu kini sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri, selepas pembentangan tidak sempat dilakukan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.

“Memang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewat-lewatnya hujung tahun hadapan,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan tetap meneruskan langkah berkenaan walaupun menerima pelbagai pandangan, berikutan peningkatan kes kemudaratan kesihatan melibatkan penggunaan vape, termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik.

Sebelum ini, Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Negara dilaporkan berkata pelaksanaan pengharaman vape akan dibuat secara berperingkat bermula dengan pengharaman sistem terbukan sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk.

Berkaitan

  • Penjual Vape Diingat Untuk Dapatkan Perakuan SIRIM
  • Saringan Paru-Paru Kini Lebih Pantas & Tepat – KKM Gunakan Teknologi AI
  • Rekaan Lebih Segar, MySejahtera Kini Berwajah Baru
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY