Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kesihatan paru-paru KKM_

Saringan Paru-Paru Kini Lebih Pantas & Tepat – KKM Gunakan Teknologi AI

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan inisiatif saringan kesihatan paru-paru menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dalam usaha mengesan penyakit berkaitan paru-paru dalam kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu antara usaha utama dalam Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030, bagi memperkukuh aktiviti pencegahan, saringan dan rawatan penyakit tersebut.

Beliau berkata penggunaan teknologi AI dalam saringan, dilihat memberikan impak keberkesanan dan ketepatan yang lebih tinggi berbanding saringan menggunakan X-ray.

Inisiatif ini menyatukan tindakan terhadap penyakit tidak berjangkit seperti asma dan kanser paru-paru serta penyakit berjangkit seperti TB dan pneumonia. Dengan keupayaan AI ini, maka peratus ataupun incident detection kita adalah lebih baik.

Dzulkefly berkata inisiatif ini akan dilaksanakan kepada golongan sasar di tujuh buah klinik kesihatan (KK) seluruh negara, dengan kos pengaplikasian teknologi itu yang berpatutan.

Antara klinik kesihatan yang menawarkan saringan kesihatan paru-paru menggunakan teknologi AI ialah KK Kok Lanas, KK Kajang, KK Beserah, KK Seberang Perai dan KK Pendang.

Dalam pada itu, beliau berkata inisiatif tersebut juga akan memberi tumpuan kepada faktor risiko utama termasuk merokok, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan pendedahan kepada faktor pekerjaan di tempat kerja.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • KKM Sasar 100 Lagi Klinik Kerajaan Laksana CCMS, Pendekkan Masa Menunggu 3 Jam Kepada 30 Minit
  • Janji Temu Suntikan Imunisasi Influenza Menerusi Aplikasi MySejahtera Bermula 14 Februari Ini
  • Kajian Dedah Aplikasi Diet Dan Kecergasan Beri Kesan Negatif Terhadap Sesetengah Pengguna

Sumber: Bernama

Gambar utama: Dr Dzulkefly Ahmad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY