Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka

Penjual Vape Diingat Untuk Dapatkan Perakuan SIRIM

Diterbitkan Oktober 24, 2024 · Dikemas kini Oktober 24, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memberi amaran kepada penjual peranti rokok elektronik (vape) untuk mendapatkan kebenaran dan perakuan daripada SIRIM.

Menteri Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, semua peranti elektronik perlu menepati standard yang ditetapkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Langkah ini adalah untuk memastikan pematuhan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 dan perintah khusus mengenai penandaan peranti rokok elektronik yang dikeluarkan pada tahun 2022.

SIRIM QAS diberi kuasa untuk mengeluarkan perakuan ini bagi memastikan produk memenuhi piawaian.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,

“Ada satu perintah khusus berkaitan dengan peruntukan dan penandaan peranti rokok eletronik yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan untuk menguatkuasakan perintah tersebut kita akan kerjasama dengan SIRIM, QAS Sdn Bhd. Anak syarikat SIRIM (QAS) telah dinyatakan secara tersurat dalam perintah tersebut sebagai badan pihak berkuasa yang boleh memberi perakuan kepada produk peranti rokok elektronik ini,”

Sehubungan itu, kementeriannya berharap semua pihak akan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian
  • Liputan Internet Di Pahang Cecah 94%, Dua Pecawang Baharu Kini Beroperasi

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY