Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKM Rangka ‘Super Apps’, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Termasuk Pesanan Ambulans

KKM Rangka ‘Super Apps’, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Termasuk Pesanan Ambulans

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merangka konsep ‘super apps’ yang akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan, termasuk pesanan ambulans.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata inisiatif itu bagi memperkasakan dan menambah baik aspek pendigitalan dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

Aplikasi ini selaras dengan penggunaan e-hailing yang semakin berkembang dan kerap diguna pakai di kawasan bandar.

Bagaimanapun, Lukanisman berkata perkhidmatan pesanan ambulans menerusi aplikasi itu mungkin hanya sesuai untuk kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching. Manakala talian kecemasan 999 dikekalkan untuk kawasan luar bandar atau pedalaman.

Menurutnya, penggunaan aplikasi itu akan menambah baik keperluan ambulans bagi sektor awam dan swasta.

Kami juga akan memastikan penggunaan aplikasi ini tidak akan membebankan pengguna dan jika pengguna minta untuk ke hospital kerajaan, sudah pasti tidak dikenakan sebarang caj.

Beliau berkata KKM akan mengadakan sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan, pemain industri dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperhalusi inisiatif itu sebelum dilaksanakan secara menyeluruh.

Bukan perkara baharu, Lukanisman sejak tahun lalu telah menyatakan hasrat kerajaan untuk menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai super apps. Walau bagaimapaun, tidak diketahui sekiranya ia kelak akan menggunakan MySejahtera atau aplikasi yang serba baharu.

Berkaitan

  • Kerajaan Mahu MySejahtera Jadi Aplikasi 'Super Apps' Kesihatan
  • TM Perkenal e-Farmasi, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Digital
  • Oura Ring 4 Dilancar, Lebih Selesa Dipakai Dan Data Kesihatan Lebih Tepat
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Kementerian Kesihatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY