Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oura Ring 4

Oura Ring 4 Dilancar, Lebih Selesa Dipakai Dan Data Kesihatan Lebih Tepat

Diterbitkan Oktober 4, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Oura baru sahaja melancarkan cincin pintar generasi keempat, Oura Ring 4 yang menampilkan reka bentuk lebih nipis, hayat bateri lebih panjang, dan sensor yang lebih canggih untuk memberikan data kesihatan yang lebih tepat.

Oura Ring 4 Dilancar, Lebih Selesa Dipakai Dan Data Kesihatan Lebih Tepat

Perubahan utama adalah pada sensor yang kini lebih rata dengan permukaan cincin, menjadikannya lebih selesa dan licin apabila dipakai. Reka bentuk ini juga membantu memperbaiki masalah bacaan yang tidak konsisten akibat pergerakan cincin.

Cincin Oura 4 kini mempunyai 18 laluan isyarat, meningkat daripada 8 pada model sebelumnya. Dengan algoritma baharu “Smart Sensing”, cincin ini boleh mengoptimumkan laluan isyarat yang digunakan bagi memastikan bacaan kesihatan yang lebih konsisten, termasuk penambahbaikan pada pengesanan oksigen dalam darah dan kadar jantung pada waktu malam.

Oura Ring 4 Dilancar, Lebih Selesa Dipakai Dan Data Kesihatan Lebih Tepat

Model ini hadir dalam 12 saiz dan enam warna iaitu, Silver, Brushed Silver, Gold, Rose Gold, Stealth dan hitam, ia juga disalut dengan titanium untuk ketahanan. Selain itu, Oura turut mengemaskini aplikasi mudah alihnya untuk memberikan pengguna lebih banyak data berkaitan kesihatan seperti usia kardiovaskular, kapasiti kardio, dan tahap tekanan.

Oura Ring 4 apps_1
Oura Ring 4 apps_2

Cincin ini turut mempunyai ciri baharu untuk mengesan tingkap kesuburan (fertile window) disasarkan kepada pengguna yang merancang kehamilan.

Dijual pada harga bermula USD 349 (~RM1,470), ia juga memerlukan langganan bulanan untuk membuka ciri-ciri penuh, mengekalkan ciri model yang dimulakan pada generasi sebelumnya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Toshiba Perkenal Peti Sejuk Japandi Dengan Sentuhan Kayu Walnut
  • Nilai Pelaburan Dari 4 Syarikat Teknologi Ini Di Malaysia Sahaja Sudah Cecah RM70 Bilion
  • Pengecas EV TNB Electron Kini Di Petron Selising, Kelantan
  • Pemilik Android Kurang Emosi Terhadap Telefon Mereka Berbanding Pemilik iPhone - Kajian

Sumber : Oura

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY