Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pic 2

TM Perkenal e-Farmasi, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Digital

Diterbitkan Mac 16, 2024 ยท Dikemas kini Mac 16, 2024 oleh Athirah Isa

TM Unifi telah melancarkan tawaran perniagaan digital terbaharunya iaitu Penyelesaian e-Farmasi, aplikasi mudah alih yang membolehkan e-preskripsi melalui telekonsultasi untuk ahli farmasi dan pesakit.

Hasil kerjasama daripada teleperubatan, pelbagai akses yang ditawarkan kepada lebih 500 profesional penjagaan kesihatan berlesen dan didatangkan dengan kelajuan 100Mbps sehingga 2Gbps untuk pelan jalur lebar tetap Unifi Business.

Perkara ini bertujuan untuk membantu ahli farmasi membekalkan ubat-ubatan penting dan perkhidmatan farmaseutikal. Secara tidak langsung, banyak penambahbaikan yang berlaku dari pelbagai sudut aspek.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil telah merasmikan Peluncuran Penyelesaian e-Farmasi TM seiring kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) semasa Persidangan PEDi MADANI.

Antara ciri-ciri utama penyelesaian e-Farmasi Unifi Business yang dibincangkan adalah:

  1. Pemprosesan preskripsi diperkemas.
  2. Penambahbaikan pengalaman.
  3. Penambahbaikan pengurusan ubat-ubatan.
  4. Pengurusan pesakit secara selamat.
  5. Berkelayakan untuk geran Digital PKMS Madani (GDPM).

Penawaran baharu ini turut membentuk usaha berterusan TM ke arah menjadi Digital Powerhouse menjelang tahun 2030 kelak.

Sumber: Siaran Media TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY